Tahu tak PIC? PIC adalah microcontroller yang di keluaran oleh Microchip Technology. PIC ni popular kerana harganya murah. Anda boleh gunakan assembly language atau C language untuk memprogram PIC. Menggunakan assembly language membolehkan programmer mengarahkan apa yang processor buat dengan lebih tepat. Oleh itu, programnya lebih pantas dan padat. Penggunaan memory dalam PIC juga adalah kurang berbanding jika menggunakan C language. Menggunakan C language pula, memerlukan anda menggunakan C compiler. Bagi PIC, kiranya telah wujud banyak compiler. Menggunakan C language juga adalah lebih mudah di fahami berbanding assembly language.
Ketika mula-mula saya belajar PIC menggunakan assembly language. Saya menggunakan software MPLab untuk membuat programming. Pada ketika itu, saya belum menjumpai compiler yang boleh di gunakan untuk PIC. Kemudian sejak keluarnya MPLab version 8.20, telah tersedia dengan Hi-Tech Compiler. Kini saya selesa menggunakan C programming dengan Hi-Tech compiler ini.
Saya biasa menggunakan PIC16F876A dan PIC16F877A. Anda boleh download datasheet PIC16F87XA di sini. Antara features yang ada pada PIC ini adalah I/O Ports, Timer, Pulse Width Modulation (PWM) Module, Master Synchronous Serial Port (MSSP) Module, Addressable Universal Synchronous Asynchronous Receiver Transmitter (USART), Analog-to-Digital Converter (ADC) Module dan Comparator Module. Untuk basic schematic untuk PIC16F877A adalah seperti di bawah.